Sunday, October 18, 2009

My Longest Diary


Assalamualaikum.. Catatan kali ini hanyalah sekadar luahan hati.. jika ada pihak yang terasa, harap dimaafkan..

15 Oktober 2009

Sekitar 2.00 petang


“Tarik nafas dalam-dalam.. Baca doa dan selawat banyak-banyak.. And you’ll be able to do it!”

What a very typical advice. Tapi itulah ajaibnya kata-kata yang keluar daripada lidah insan yang bergelar ibu. Bagaikan ada satu semangat ghaib yang menyusup ke dalam hati tatkala gelombang yang dihasilkan daripada kerongkong umi memalu gegendang telinga aku di corong talian telefon.

“Nak present tu takdela risau sangat.. Tapi masa nak jawab soalan masa Q and A nanti..”

“Apa susah.. jawab je la.. Kalau dia tanya mesti jawab juga.. Mesti nyatakan pendapat kita.. Tak boleh duduk diam, senyap je kat depan tu..”


Betul tu.. As a postgraduate student, aku kena berani nyatakan pendapat sendiri. Tapi, mestilah berdasarkan fakta. Tak boleh main terjah jer..


I have to agree, umi memang seorang pendebat dan guru yang hebat. Bila umi berbicara, bagaikan ada sesuatu yang memukau pandangan. Umi jugalah antara orangnya yang melatih aku selain daripada Teacher Jamilah semasa aku mengambil bahagian dalam debate competition semasa di sekolah dahulu. Berkat daripada tunjuk ajar mereka, aku berjaya merangkul title best speaker dan sekolah kami menjadi johan peringkat zon dan daerah. Tapi, sayangnya, kami kecundang di peringkat negeri. Lalu membantutkan harapan kami untuk ke peringkat kebangsaan.. Huhu..

(Ops.. terpuji umi pulaks.. hehe.. sekali sekala..)

Tapi.. itu cerita dulu.. Dulu cikgu yang tolong karangkan.. Murid-murid tinggal nak hafal saja.. Berdebat sesama sendiri saja. Para hakim tengok je sambil bagi markah. Kalau nak kena defend or kena soal pun, dari kalangan budak-budak yang sebaya kami jugak..

Sekarang ni aku dah menjerumuskan diri dalam dunia research. Judges pula daripada kalangan lecturer yang aku kira sangat hebat dalam bidang physiology. In fact, aku masih belum dapat mengenali mereka, kerana aku masih lagi baru di fakulti tersebut.Tambahan pula, presentation ini amat penting. Apatah lagi kami menggalas tanggungjawab besar dalam melaksanakan kajian yang berkaitan dengan kesihatan..

Entah macam mana reaksi mereka?

Entah macam mana bentuk soalan yang akan keluar daripada mulut mereka..?

Ya Allah..

Itulah hati.. walaupun sudah beberapa kali practice bersama rakan-rakan, di hadapan Dr., mahupun sendirian, perasaan risau dan berdebar-debar seolah-olah tidak mahu berenggang.

“Ok. Good luck for tomorrow. InsyaAllah adik boleh.”

“InsyaAllah. Doakan adik.”

“Umi sentiasa doakan adik. Adikkan anak umi..”

“Hehe.. Thank you. Hehe.. Kirim salam abah.”

“Ok. Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

Talian diputuskan.

Aku cuba menyusun kembali petak-petak nasihat umi sebentar tadi di dalam minda. Aku tersenyum sendiri tatkala cuba mengumpulkan kekuatan dalam diri.

Nafas ditarik sedalam mungkin.. Satu hembusan lembut dilepaskan perlahan-lahan melalui celahan kecil di antara dua bibir. Tapak tangan kugenggam erat.

“Yes! Tomorrow will be the day!” Hati aku berkata-kata.

“Laksanakan tanggungjawab sebagai seorang bakal saintis muslim!”

Fikiran aku menerawang ke arah sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

“Tetaplah kamu dengan Habbatussauda’ ini kerana sesungguhnya ia mengandungi penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Habbatussauda’.. Makanan sunnah. Itulah yang cuba aku usahakan sekarang. Membuktikan kebenaran Islam dalam bidang sains. Akan kuselitkan hadith ini dalam presentation nanti. Semoga aku berjaya membuktikan hipotesis-hipotesis yang bakal dikemukakan nanti. Dan semoga Allah meredhai kajian ini sebagai satu daripada ibadat yang diterima oleh-Nya. Ameen..


Sekitar 5.15 petang..

“Hello, Mizah kat mana ni?”

“Kat lab. Nape?”

“Oo.. kat lab ek? Ok.. ok..”

Panggilan daripada Dila aku terima sewaktu aku ingin pulang ke bilik.

Beberapa ketika kemudian, kedengaran derap-derap tapak kaki dari luar pintu lab. Beberapa saat kemudian, Dila muncul di hadapan pintu.

“Mizah.. orang baru jumpa Dr. ni..”

Aku memandang Dila dengan harapan dia akan menyudahkan ayatnya..

“Tapi mizah janji, mizah jangan marah tau..”

“La.. tak cakap lagi macam mane nak marah” Kataku sambil mengerutkan kening.

“Janji tak marah..”

“Janji..”

“Orang baru jumpa Dr. Bincang macam mana nak defend proposal orang.”

“Okeeeiiyyyy…..?????” (Ok dengan penuh tanda tanya.. huhu)

“Kalau mizah tak buat yang part !@#$%^&*() tu.. maybe projek kita nampak berbeza sikit”

“Hah!?? Tak faham. Macam mana tu?”

“Macam ni.. Dr. kata !@#$%^&*()...”

Lupa apa dialognye.. Tapi yang pasti, aku tak faham apa maksud Dila. Memang projek kami ada sedikit overlapping di awal stage (eheh.. yeke sikit?? hmmm...). Jika present nanti akan nampak seolah-olah Dila hanya membuat sebahagian daripada projek aku. Dan soalan-soalan berikut mungkin akan dipersoalkan.

Apa beza projek awak dengan projek dia?

Kenapa tak gabung jer projek awak dua orang??


Kalau awak buat macam ni, Nampak macam awak hanya buat sebahagian daripada projek kawan awak. (In English please.. bak kata Mira.. hehe)

Killer questions and comments!! Kalau tak boleh bagi alasan yang meyakinkan, memang akan kena sembur hidup-hidup nanti..

Kasihan Dila.. Aku tak salahkan dia. Kalau aku berada di tempat dia, mungkin aku akan merasa perasaan yang sama. Cuma, aku sedikit bernasib baik kerana aku present dulu sebelum dia.. Lagipun, aku mempunyai 2 stages of studies dalam projek aku.. Selamat sikit la..

“Haih.. Kasihan I tengok you 2 orang la..” CC mencelah dengan dialek cinanya.

Aku memandang CC lalu melemparkan senyuman hambar.

“Kalau nak jumpa Dr, dia ada kat bilik sekarang” Dila seperti mengajak aku untuk berjumpa dengan Dr.

“Kena pergi cepat. Nanti tak sempat” Mira menggesa.

“Ok, jom jumpa Dr sekarang.” Aku mengajak Dila.

Langkah kami dipercepatkan menuju ke arah bilik Dr.

“Ok, Dr. ada kat bilik.” Kata dila sewaktu kami melangkah masuk ke dalam lif.

“Dila hantar mesej kat Dr?”

“Ha ah..”

Tiba di bilik Dr..

“Assalamualaikum Dr. Ni saya bawak sendiri orangnya..”

“Ok, jom kita pergi bilik mesyuarat bincang kat sana lagi senang”

Dr. Aziz mencapai white board markernya kemudian kami menuju ke arah bilik mesyuarat jabatan Biomedic.

(Sebelum tu harap maaf, sebab beberapa dialong tak boleh dipaparkan memandangkan proposal adalah private and confidential..)

“Ok, dulu.. ada student buat !@#$%^&*()”

Dr. Aziz memulakan mukaddimah. Aku mendengarnya dengan penuh debaran.

“Lepas tu mereka di suruh splitkan jadi dua..”

Mata aku masih lagi melekat pada white board bilik tersebut.

“Dalam kes you all, ini melibatkan part !@#$%^&*()...”

“You Hamizah.. you buat part ni. Tapi you still perlukan part yang tu sebagai background of your study. Betulkan?”

“Betul..”

“Tapi, untuk menampakkan projek you all ni berbeza, you tak payah buat yang ni.. You terus kepada part yang tu. Maksudnya, projek you kena start dari sini..”

(Haha.. yang ni.. yang tu.. sini.. sana.. entah korang semua faham ke tak.. hehe.. Nak wat camne.. kena protect harta intelek beb..)

“Maksudnya saya kena ubah la Dr.?? Kena cari method baru?” Aku mohon diberi penjelasan walaupun aku sebenarnya sudah memahami..

“You ubah yang tu jer.. Saya rasa tak susah.. You buat !@#$%^&*().. Cari !@#$%^&*().. Lepas tu kena !@#$%^&*()..”

MasyaAllah!!! Ujian apakah ini?? Esok, presentation akan bermula seawal jam 9 pagi. Sekarang sudahpun menghampiri jam 6 petang. Berapa jam saja yang tinggal untuk ubah method.

Ubah method??

Bunyinya macam mudahkan? Walaupun hanya sebahagian kecil sahaja akan diubah, banyak perkara yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan dalam masa yang amat singkat.

Ia seolah-olah menggantikan benang jahitan pada baju. Taknak warna biru.. nak tukar dengan warna merah.. Lalu benang biru ditetas. Kemudian benang merah dijahit semula di tempat yang sama. Namun, jika benang merah itu dijahit dengan tergesa gesa dan tidak sempurna, maka apabila dipakai oleh tuan empunya badan, kemungkinan jahitan itu akan terbuka sendiri.. Lantas mendedahkan apa yang tidak patut didedahkan..

Samalah seperti situasi yang aku alami sekarang. Mana mungkin aku dapat ubah dalam hanya satu malam. Sedangkan, untuk memastikan proposal aku sempurna, ia mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Seluruh semester 1 dan sebahagian semester 2 hanya dihabiskan untuk merangka projek.. Jika dapat buat pun, mungkin akan menyebabkan aku tak tidur malam pada malam itu.. Awal-awal pagi esok dah nak kena present..

Ya Allah!!!

Batinku menjerit dari dalam.

Slide dah siap..

Skrip dan buat..

Dah praktis di hadapan Dr.

Dr. pun dah kata, presentation aku dah ok, dan jelas. Cuma objectives dengan expected results je yang tak telle..

Aku memandang wajah Dr. lalu melepaskan satu keluhan kecil. Pandangan dialihkan ke bawah.

Ya Allah.. Jika ini ujianMu buat diriku, maka aku terima ia seadanya.. Tapi, aku mohon.. Bantulah aku Ya Allah.. Sungguhpun sering kali niatku tersasar jauh, aku telah cuba untuk menetapkan niatku melakukan semua ini keranaMu dan Islam.

Aku cuba kembali kepada Allah.. Lalu rasa sesak di dalam dada menjadi sedikit lapang..

This is the training to be a researcher.. Kata-kata Dr. Rashid terngiang-ngiang di telinga.

“Boleh mizah?”

Aku mengangkat wajah dan berkata..

“InsyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. Saya try Dr. Saya try.. Tapi, kalau saya tak boleh, saya akan present apa yang ada saja.. Sebab dah last minute sangat dah ni.”

Jam menunjukkan 6.30 petang. Aku baru teringat, aku masih belum menunaikan solat Asar. Sudah lewat.. Aku meminta izin untuk beransur. Langkah aku sedikit longlai menuju ke arah surau fakulti.

Selesai solat Asar. Aku berdoa agar diberikan yang terbaik buatku pada esok hari. Agar Dila juga terselamat daripada hentaman soalan-soalan yang boleh menjatuhkan markahnya nanti. Ye.. sedikit sebanyak, ia ada kaitan dengan diri aku. Aku perlu membantunya. Tapi siapa nak bantu aku dalam masa yang singkat ni?? Hanya pertolongan daripada Allah yang aku harapkan..

“Mizah, orang nak minta maaf ni, sebab disebabkan orang, mizah susah..”

“Takpe.. orang faham la.. Kalau mizah jadi dila pun, mesti mizah takut..”

“Nanti orang emelkan journal yang orang cari kat mizah..”

“Ok. Boleh jugak”

Alhamdulillah, ada juga sedikit pertolongan. Tapi ketika ini.. aku seperti kehilangan mood untuk membaca journal.

“Mizah.. Thank you..” Kata Dila sambil menghulurkan tangan kanannya kepadaku.

Aku menyambut tangan Dila sambil tersenyum, dan berkata:

“Jangan ucap thank you lagi.. Belum tahu lagi orang akan ubah ke tak method tu.. Kalau orang tak boleh, orang akan present je apa yang dah ada..”

“Ok..” Balas Dila sambil tersenyum..

“Nanti kalau nak ubah ke tak ubah ke bagitau ek”

“Ok.. nanti orang mesej ek.. Babai..”


Sekitar 9 malam..

Pulang dari surau, sakit kepala aku masih belum hilang. Dua biji panadol ditelan dengan harapan agar sakit akan hilang dan aku dapat menyelesaikan tugas pada malam itu. Ternyata, sakit kepala semakin lenyap, tapi rasa mengantuk pula yang hadir..


MasyaAllah.. Memang betul-betul menduga jiwa..


Journal yang terpapar pada skrin laptop disemak.. Manalah tahu ada yang boleh diambil contoh. Tapi, situasi pada malam itu benar-benar tidak mengizinkan.. Malah journal yang diemelkan oleh Dila juga tidak dapat dibuka..


Aku cuba menumpukan perhatian walaupun sebenarnya focus aku sudah terbang entah ke mana. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata buat seketika. Harapnya, selepas bangkit dari tidur nanti, fikiran aku akan kembali tenang dan tumpuan aku kembali pulih.


Sekitar jam 1 pagi..


Aku terjaga dari lena..


“Alamak.. tak siap lagi..”


Sebaik sahaja aku kembali ke meja tulis, ada panggilan masuk daripada Mira. Rupa-rupanya tak tidur lagi Cik Mira yang ayu ni..


“Hello.. Mizah.. buat ape?”


“Ha.. hello.. baru bangun tidur..”


“Ok tak ni? Nak tanya soalan ni? Boleh ke?”


“Boleh..boleh.. memang dah nak bangun balik pon..”


“Kalau orang buat hipotesis macam ni.. !@#$%^&*(), lepas tu expected result macam ni. !@#$%^&*() betul kan?”


“Ha.. betul dah tu..”


“Ok. Thank you..”


“Same..same.. babai..”


Aku kembali berada di hadapan skrin laptop. Bagaikan membaca tulisan asing yang tidak difahami.. setiap journal yang aku baca pada malam itu, tiada langsung yang boleh dijadikan rujukan untuk method baru. Apa yang harus aku lakukan? Kalau aku tak ubah, kemungkinan besar Dila akan mengalami masalah nanti. Tapi, jika aku ubah method dengan membabi buta.. Aku pula yang bermasalah nanti..


Ya Allah!!


Apa yang patut aku lakukan?


Istikharah?


Bila masa nak tidur?


Bila masa nak mimpi?


Dan bila pula masanya nak siapkan presentation slides?


Pada masa itu, aku teringat sepotong ayat yang aku baca dari sebuah buku karya Ustaz Nik Abd. Rahim dan Ustaz Zahazan. Walaupun masih belum dihabiskan, tapi, ada perkara yang boleh digunapakai yang terkandung dalam buku tersebut.


Dalam buku itu, dinyatakan bahawa istikharah juga boleh dilakukan dengan hanya berdoa kepada Allah. Lalu aku apply apa yang tercatat dalam buku itu pada waktu itu juga. Tangan ditadah dan doa dipohon kepada Allah. Memohon agar diberikan keputusan.


Usai doa dipohon, aku tahu apa yang ada dalam hati aku ketika itu. Aku yakin itu petunjuk daripada Allah. Malah aku berasa tenang dengan keputusan itu. Tiada lagi perasaan ragu-ragu bersarang dalam jiwa. Aku ikut apa kata hati aku pada ketika itu. Aku kini yakin dengan keputusan aku pada malam itu.


Telefon bimbit dicapai. Mesej ditaip dan dihantar kepada Dila. Harapanku agar dia akan dapat terima keputusan aku seadanya..


Sebelum tidur, aku mendirikan solat hajat dan memohon agar aku dapat melakukannya dengan baik pada esok hari. Aku cuba menetapkan tujuan dan membetulkan niatku pada malam itu agar kembali sealiran dengan niatku sewaktu ketika dahulu.. Semoga Allah akan menolong aku dan juga rakan-rakan aku yang lain pada keesokkan hari.


16 Oktober 2009


Sekitar 8.30 pagi


“Assalamualaikum..” Aku melangkah masuk ke dalam lab.


Kelihatan Dr. Aziz dan Dila sedang berbincang sesuatu. Walaupun aku tidak jelas dengan apa yang diperbincangkan, tapi, aku sudah dapat mengagaknya. Ya!! Hari ini adalah harinya!!


“Dr., Dila dah bagitau?” Aku bertanya setelah perbincangannya dengan Dila selesai.


“Dah.. dah.. dia dah bagitau.. Itu.. yang baru bincang tadi.. macam mana nak defend.”


Sorry Dr.. Kataku dalam hati..


“Dila ok ke?”


“Orang ok je.. Tawakkal ilallah”


“InsyaAllah semua ok..”


Sekitar jam 9.30 pagi.


Mira baru sahaja selesai membentangkan proposalnya. Alhamdulillah.. Dia baik-baik sahaja. Malah dia dapat menjawab soalan daripada judges dengan baik.


Kini, tiba giliran aku…


Dengan lafaz bismillah.. aku membentangkan proposal aku tanpa sebarang perubahan. Alhamdulillah.. aku rasa macam ok.. InsyaAllah.. Tak berani nak judge diri sendiri.. Tapi, melihatkan riak wajah Dr. Aziz, seperti dia gembira dan berpuas hati. Especially sewaktu Q and A session.


Dila pula, seperti yang dijangkakan, killer question dikemukakan. Tapi, Alhamdulillah.. aku rasa judges boleh terima alasan yang dikemukakan olehnya. Dila dapat defend proposalnya dengan alasan yang aku kira cukup baik.. Alhamdulillah.. at least tiada rasa bersalah terbit dalam hati..


Aku bersyukur. Ternyata keputusan untuk tidak mengubah method itu adalah betul. Aku yakin, segala-galanya akan menjadi baik jika kita selalu menghadirkan Allah dalam setiap apa keputusan yang ingin diambil.. Jangan sekali-kali ketepikan Allah dalam apa jua keadaan. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya. Kerana Dialah yang berhak menentukan putaran hidup kita. Segala-galanya bergantung di bawah kekuasaanNya. Rugilah bagi sesiapa yang mengetepikan Allah dalam setiap keputusannya.


Jangan juga sekali-kali mengetepikan kedua ibubapa kita. Sungguhpun mungkin secara fizikalnya, tampak seperti tiada pertolongan daripada mereka.. Tetapi, dari segi rohani.. ternyata ibubapalah yang banyak memainkan peranan. Mereka membantu kita dengan cara ghaib yang cukup ajaib. Bunyinya seperti penuh mistik. Tapi, ituah kebenarannya. Itulah kuasa doa.. Apatah lagi jika doa itu datangnya daripada ibubapa yang melahirkan dan mendidik kita sejak kecil lagi..


“Tadi umi berdoa sampai tertidur atas sejadah.”


Aku tersentak sebentar mendengar kata-kata umi sebaik sahaja selesai presentation. Betapa bertuahnya aku memiliki ibu seperti umi.. Terima kasih umi.. Aku persoalkan kembali kepada diri sendiri, berapa kali aku berdoa sedemikian rupa terhadap umi dan abah. Jika adapun, aku rasa boleh dibilang dengan jari bilangannya. Sedikit sebanyak, ia menginsafkan aku… Hanya Allah yang dapat membalas jasa umi dan abah..


Di sini aku ingin menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada:


Almighty Allah..


My supervisor..


My labmates..


And most importantly.. UMI dan ABAH yang tersayang..

Thank you all.. from the very bottom of my heart.. Semoga Allah meredhai anda semua.. Ameen..


~Fin~

2 comments:

♥mÑžrA♥ said...

nice post..ada bakat bwt cerpen ne..;)

everything dat hppns hs its own wisdom^^

moga ceria selalu.salam senyuman=)

littleMuslimah said...

tenkiu.. hehe.. biasa jer.. sekadar tulis ikut kepala sendiri..

insyaAllah, kalo ada peluang, mmg nak buat cerpen. Cume skrg ni, buat ikut pengalaman sendiri jer.. hehe..

salam senyuman kembali.. :)))