No, Plant is Not a Living Thing!! - Versi 2011
>> Tuesday, January 25, 2011
Alhamdulillah.. Akhirnya kembali juga saya ke medan ini setelah lama merehatkan diri dari berblog.. Selamat Tahun Baru 2011 saya ucapkan.. semoga tahun ini bakal diwarnai dengan perubahan-perubahan yang positif dalam diri kita semua.
Bercakap mengenai perubahan, hari ini saya merayau-rayau di blog sendiri sambil membaca entri-entri lama.. Sedar tidak sedar blog littleMuslimah’s Diary sudahpun berusia 2 tahun, 3 bulan, 3 minggu dan 1 hari pada tarikh entri ini ditulis.. Sepanjang tempoh ini, saya menyaksikan sendiri perubahan gaya penulisan saya sendiri.
Dulu ber ‘aku-korang’.. sekarang ber‘saya-anda’ (owh!! Skemanya!! Hihi.. (>,<)) Dulunya sangatlah hampeh.. kebudak-budakan dan entah ape-ape jer.. banyak copy and paste daripada tulis sendiri.. bertatabahasa dengan betul jauh sekali.. main belasah jer.. kadang-kadang tu rasa macam nak delete jer entri lama-lama.. adehh.. Sekarang kira matang sikit la kot.. dan cuba untuk menulis sendiri sekadar yang termampu dengan ilmu yang sangat terhad. (Tapi, kadang-kadang masih ada elemen-elemen kebudak-budakan.. hehe)
“Sila sedar diri.. dah bakal 25 tahun dah tahun ni.. walaupun sekarang still 24 tahun.. ahaha..” kata saya kepada diri saya sendiri yang masih belum sedar diri.. hoho.. v(--,--)v
Sedang asyik membaca tulisan sendiri, terlintas di fikiran saya untuk membaca entri yang mengisahkan dialog antara Umi dan anak buah saya, Daniel.. Tiba-tiba rasa nak post balik entri ni.. Semoga dialog ringkas ini akan memberi sesuatu yang bermanfaat buat kita semua. Ameen.. (^^,)
Muhammad Daniel bin Shamsul Bahri
Umi : Daniel, jangan main pokok tu. Nanti dia luka. Sakitla dia. Kesian dia, nnti dia nangis la.
Daniel : Kenapa?
Umi : Because plant is a living thing.
Daniel tiba-tiba buat muka blur..
Daniel : No, not living thing!!
Umi : Yes, plant is a living thing..
Daniel : No!!! Plant is not living thing!!!
Daniel dah mula menghentakkan kakinya dan separuh nak mengangis dah.. aku hanya memerhatikan gelagat umi dan Daniel.
Daniel : Kenapa nenek cakap living thing? Not living thing lah!
Umi : Who told you?
Daniel diam seketika kemudian kembali bersuara
Daniel : Plant cannot move! Plant cannot walk!
Umi tersenyum sambil memandang ke arah aku. Aku faham isyarat umi.. Daniel sebenarnya sudahpun mampu membezakan benda hidup dan benda yang tidak hidup, walaupun dalam kes pokok ni.. dia agak keliru.. Takpe2.. budak kecik lagi neh.. kena belajar banyak lagi!!
Umi : Yes, plant cannot walk. But it can grow just like abang Daniel. So, plant is a living thing.
Daniel : No!!! Not living thing!!
Umi : Ok come. Let nenek show you.
Umi memimpin tangan Daniel dan menuju ke halaman rumah.
Umi : See this pokok? When nenek cut it here, a new shoot will come out and the new shoot will grow and become bigger.
Daniel : But plant cannot move!
Umi : Plant can move. But it cannot walk like us. Plant will grow up and become bigger and taller until it becomes big and tall enough. That’s how it moves.
Daniel : Plant cannot eat!
Umi : Plant also eats. See that one? It almost died.
Daniel : Kenapa dia nak die?
Umi : Because nenek go to KL and nobody wants to take care and give food to it. Nobody waters it. Plant needs to drink water like us. That’s why nenek must water it everyday.
Daniel : Plant pun drinks water like abang Daniel ke?
Umi : Mestila..
Daniel : Nenek, kenapa leaf tu has many holes??
Daniel bertanya sambil menunjukkan ke arah sehelai daun yang berlubang-lubang.
Umi : Sebab grasshopper eats the leaf.
Daniel : Kenapa grasshopper nak eat leaf?
Umi : Because leaf is grasshopper’s food.
Daniel : Oo.. Nenek, bee tu nak eat leaf jugak ke?
Umi : Bee do not eat leaf. But it sucks the nectar from the flower.
Daniel menarik tangan umi ke satu sudut lagi di halaman rumah
Daniel : Nenek, that plant will become bigger ke?
Umi : Yes, of course.
Daniel mengurut dadanya sambil menghembuskan nafas lega. Agaknya, dia fikir dah faham la kot.. haha..
Daniel menarik tangan umi ke sudut yang lain pula.
Daniel : Nenek, that one is small! That one dah big dah!!!
Kemudian berlari ke sudut yang lain pula..
Daniel : That one dah big enough!! Dia dah tall dah!! Yang ni ada flower! Cantiknya flower dia!!
Umi : Itulah kebesaran dan kehebatan Allah. Allah jadikan pokok ni bermacam-macam jenis dan bentuk..
Daniel : Kenapa?
Umi : Sebab Allah tu hebatlah! Sebab tu Dia boleh buat pokok, Dia buat abang, Dia buat nenek, Dia buat atuk..
Daniel : Oo..
Alhamdulillah.. umi tak lupa untuk mengajarkannya tentang kehebatan Allah..
Habis satu halaman rumah di kelilingnya. Jumpa pokok cakap small, jumpa lagi satu cakap big.. hoho.. happy sangat la tu bila dah faham agaknya.
Kak Ma, isteri abang ngah keluar ke halaman rumah sambil membawa hidangan minum petang. Kami sekeluarga berkumpul sambil menikmati hidangan itu. Aku mengambil peluang ini untuk menyakat anak saudara aku yang berumur 4 tahun ni..
Aku : Daniel! Daniel ni living thing or not?
Daniel : Living thing!
Aku : Plant is a living thing or not?
Daniel : Living thing!
Haha.. dah boleh except rupanya budak neh.. Dari riak wajahnya, Nampak dia berbangga kerana sudah faham.
Hee..
Aku : But plant cannot move.
Daniel : Plant can move. Nenek cakap, when it big enough it will move!
Ehh??? Betulke konsep pemahaman budak nih?? Ke salah konsep nih?? Huhu
Aku : When it big enough baru nak move?? Cik su tengok pokok mangga tu dah big enough pun tapi tak ‘move-move’ jugak..
Daniel : Plant can move! Nenek kata when it big enough, it will become bigger and move!!
Hoho.. takpelah.. maybe dia tak pandai explain lagi.. budak kecik lagi neh.. Daniel kemudiannya berlari mendapatkan umi aku. Agaknya dia tak puas hati dengan aku, nak mengadu kat umi la tu.. haha..
Umi : Apa la cik su ni kan.. Plant can move..
Aku : How??
Umi : Contohnya macam rumput. Mula-mula ada sikit jer.. Lama-lama dia menjalar dan jadi banyak .
Aku : Itu bukan move la.. itu pembiakan.. hahaha..
Umi memberi isyarat kepada aku sambil memuncungkan sedikit bibirnya. Aku faham. Umi cuba jelaskan bahawa pokok itu benda hidup. Tadi kalau nak explain saintifik sangat, alamatnya lambat lagi la budak tu nak faham.
Umi : Jangan nak confusekan dia pulak..
Aku hanya tersengih.. hehe.. tak lama lepas tu aku buat lagi.. hukhuk..
Aku : Daniel.. Plant boleh masak sendirila makanan dia..
Haha.. aku sajer jer nak menyakat budak neh.. Daniel mula tunjuk muka blurnya lagi.
Umi : Cik su joking jer tu..
Daniel : Ha ah..
Aku : Eh.. betul aper.. I’m not joking.. Plant can cook! Atau dalam bahasa yang lebih saintifik ‘fotosintesis’.. haha..
Suka-suka hati aku jer.. haha.. kononnya nak buat lawak versi serius yang tak difahami oleh budak kecik.. Umi tersenyum.. Daniel pulak macam tak puas hati.. seronok bila kenakan budak kecik neh.. haha..
Aku : Plant use sunlight and water. Then, it will tukarkan kepada gula.. Lepas tu, plant eatlah gula tu!!
Haha.. penjelasan yg boleh dikatakan simple.. tapi..... huhu.. kesian pulak aku tengok Daniel ni.. Dah berserabut agaknya dalam kepala dia tu?? Agaknya dia tengah berfikir macam manala nak tukar cahaya matahari ngan air jadi gula aka glucose. Daniel diam sejenak, kemudian berkata lagi.
Daniel : Abang tengah eat keropok. Abang cannot hear.
Cehh.. loyar buruk betul budak neh.. sajer jer.. taknak layan aku la tu..
Aku terus bertanya bermacam-macam soalan lagi.. Saja jer.. nak uji kefahaman dia.. Tapi, setiap kali aku tanya, mesti umi yang tolong jawabkan.. huhu.. tak berhasil nampaknya proses mengenakan budak nih.. huhu
Di sini suka untuk saya menyelitkan pengajaran daripada tulisan Ustaz Hasrizal. Menurut beliau, anak-anak bukan makhluk yang ada penyakit upaya syak dan waham sebagaimana yang dihidapi oleh orang dewasa. Mereka sebenarnya berada di dalam mood percaya atau tidak percaya. Apa sahaja yang ditanam oleh ibu bapa, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Mereka percaya dan mereka mengimani kepercayaan mereka sendiri. Jika mahu anak percayakan Tuhan dan terus mengimaniNya, maka pupuklah kepercayaan itu dengan menyuburkan fitrah mereka kepada mempercayai Allah sebagai Tuhan..
Dialog di atas mungkin bukanlah dialog yang terbaik untuk memberi penjelasan bagaimana cara untuk menanam kepercayaan kepada Allah dalam diri anak-anak. Ya! Penjelasan yang dijelaskan oleh Umi saya agak bersifat saintifik walaupun tidak menggunakan istilah-istilah saintifik seperti fototropisme dan hidrotropisme untuk menerangkan pergerakan pada tumbuhan. Dan itu sebenarnya lebih sesuai dengan level seorang kanak-kanak. Dan mungkin sedikit sahaja diselitkan dengan sifat ketuhanan di situ.
Namun, apa yang saya ingin tonjolkan di sini lebih ke arah apa yang terjadi apabila kanak-kanak seperti Daniel mula percaya dan yakin bahawa pokok itu juga satu daripada benda hidup. Dia begitu seronok dan terus mengaplikasikan apa yang dia fahami. Hidup ini penuh dengan misteri, apatah lagi bagi kanak-kanak yang baru sahaja memulakan perjalanan hidupnya di atas muka bumi ini.
Maka, cubalah kita bayangkan apabila minda mereka sudah ‘disogokkan’ dengan kisah-kisah para anbiya’ dan mengaitkan kewujudan Allah dalam setiap hal.. Kisah betapa best-nya jika dapat hidup di syurga apabila kita menuruti perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Kisah betapa ngerinya hidup di neraka jika kita mengingkari Allah dan ajaran RasulNya. Sudah semestinya minda dan jiwa mereka akan dipenuhi dengan santapan-santapan rohani sebagai bekalan mereka si masa hadapan.
“Allah baikkan Cik Su? Syaitan tu jahatkan?” Tanya Qistina, seorang lagi anak saudara saya yang sebaya dengan sepupunya, Daniel.
Subhanallah! Walaupun belum mempunyai anak sendiri, sudah terasa kebahagiaannya apabila mendengar tutur kata yang keluar dari mulutnya. Punbegitu, bersedialah dengan soalan-soalan ‘maut’ yang kadang-kadang tidak terkeluar jawapannya daripada mulut kita yang sudah dewasa ni..
Teringat soalan ‘maut’ yang ditanya oleh Qistina tidak lama dahulu
Yang ni kuat betul daya imaginasi.. Semasa tengah berborak-borak, tiba-tiba matanya terarah ke suatu sudut dan terdiam seketika..
Saya yang kehairanan bertanya, “Kenapa Tina?”
Qistina menjawab.. “Tina nampak syaitan!!”
Haahh??? Tiba-tiba saya pula yang seram sejuk, kecut perut.. meremang bulu roma.. dan yang sewaktu dengannya.. huhu..
“Cik Su, kalau Tina pakai tak tutup aurat, nanti kalau syaitan pegang tangan Tina macam mana??”
Erkk!!!!!!! Macam mana agaknya bayangannya? “Sebab tu Tina kena pakai pakaian yang tutup aurat.. Barulah syaitan tu tak nak kawan dengan Tina.. Tina baca la ayat Kursi, nanti syaitan lari la..” Jawab saya.
Hampir 3 tahun berlalu..
Kini.. Daniel dan Qistina sudah berusia 7 tahun. Tahun ini bermulalah fasa baru dalam hidup mereka. Tahun ini fasa persekolahan bermula.. Semoga mereka membesar menjadi mujahid dan mujahidah yang kencang menegakkan agama Allah suatu hari nanti.. Ameen..
Selamat melangkah ke alam persekolahan Daniel dan Qistina!!
Tak sabar nak buat family gathering!! Umi dan Abah!! Cepatlah datang sini!! Huhu..












0 comments:
Post a Comment