They Took My Laptop!

>> Monday, June 20, 2011


Picture by xDimax (deviantart.com)


Assalamualaikum wbt

Lama tak menulis, rasa macam cramp je otak ni.. huhu.. takpe, entri ni kasi warm up dulu sikit-sikit.. hehe.. tak berapa ilmiah. Nak sempoi-sempoi je.. InsyaAllah, next entri kita berilmiah balik.. hihi..

Semalam, genaplah sebulan saya kereta dipecah. (Eheh, silap, kereta Abah.. huhu, walaupun secara tidak rasmi sudah jadi hak milik.. hehe..). Laptop dan segala peralatan dalam beg laptop juga habis dikebas.

Orang kata, kalau tanggalkan bateri laptop, orang tak boleh detect laptop dalam kereta. Tapi, kata-kata itu sudah tidak relevan. Sekarang ni, orang dah boleh detect bateri jam yang still berjalan dalam laptop. Begitu juga dengan micro chip. Semuanya boleh digunakan untuk mengesan laptop (Pak Cik Polis et al, 2011).

Orang sekarang ramai sangat yang bijak pandai dan canggih-canggih. Tapi, tak semua menggunakan kebijaksanaan dan kecanggihan akal yang dianugerahkan Allah untuk tujuan yang baik. Sangat-sangat rugilah orang macam ni..

Kalaulah ada yang baca apa yang saya tulis ni berpengalaman atau baru berniat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral ini, saya nasihatkan supaya hentikan sahaja perbuatan dan niat buruk itu.

Bertaubatlah, selagi sistem pernafasan dalam badan anda masih boleh berfungsi dengan baik. Selagi malaikat Izrail tidak menjalankan tugasnya, selagi itu kita masih diberi peluang untuk bertaubat. Dan Allah sangat menyukai orang yang bertaubat setelah mereka membuat kesalahan.

Firman Allah:

“Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Wahai Sang Pencuri dan Pemecah kerata, saya maafkan awak walaupun awak telah menyusahkan saya dan orang lain yang turut menjadi mangsa perbuatan awak. Sekurang-kurangnya, awak telah mengingatkan saya bahawa Allah masih sayang kepada saya. Kerana itu, Dia menguji saya dengan perbuatan awak. Terima kasih juga saya ucapkan kerana tidak melarikan kereta pemberian Umi dan Abah saya bersama-sama laptop saya.

Kejadian tempoh hari juga mengingatkan saya kepada seorang Professor di fakulti saya. Katanya lebih kurang begini “Saya tak marah kalau dia berani pulangkan balik laptop saya. Saya rela beli balik laptop saya daripada pencuri tu. Laptop boleh beli yang baru, tapi segala isi dalamnya itu tiada gantinya”

Saya yang sedang pening-pening dengan microscope tersentak sebentar mendengarkan ayat yang dituturkan oleh beliau. Ya, mungkin saya juga sanggup menukarkan laptop lama dengan laptop baru saya jika segala hasil kerja dan segala references saya masih belum terhapus dari laptop lama. Saya rasa saya faham perasaan Prof itu dan seorang lagi sahabat saya yang turut mengalami nasib yang sama. Semoga Allah membalas mereka dengan balasan yang baik atas kesabaran mereka menghadapi ujian Allah.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta” (Al-Ankabut: 2&3)

Alhamdulillah, walaupun laptop dan hard disk sudah lesap, saya tidak perlu bermula dari sifar. Beberapa documents masih lagi boleh dimuat turun daripada e-mail, walaupun agak outdated. Pun begitu, masih banyak lagi references yang perlu dicari gali kembali. Alhamdulillah!

Terima kasih kepada Sharifah Intan Zainun Sharif Ishak kerana telah menemani saya menguruskan proses aduan di bahagian keselamatan UPM dan balai polis yang memakan masa sehingga menghampiri jam 12 malam. (mention nama penuh ni. Nama sendiri pun tak tulis penuh kat sini.. Entah dia ni baca ke tak ek?? Kekeke). Semoga Allah mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat buat beliau.

Terima kasih juga kepada Umi, Abah, yang sangat mengambil berat dan sanggup mengeluarkan duit mereka untuk beli laptop baru walaupun masa tu dah hampir masa untuk pergi umrah. Tidak lupa juga kepada abang-abang saya, nenek, pak cik, mak cik, errrr…… (hehe.. tulis semua pun bukan diaorang baca pun.. tapi nak tulis gak.. haha). Last but not least, sahabat-sahabat saya yang sentiasa bersama saya susah dan senang. Terima kasih! Tiba-tiba rasa ramai pula yang sayang saya lepas kejadian tu.. Kekeke…
Segala yang ada pada kita adalah milik Allah, Even tubuh kita pun adalah pinjaman daripada Allah. Maka selayaknya, Allah berhak untuk menarik kembali apa yang menjadi miliknya pada bila-bila masa.

Pasti akan ditemui cahaya di penghujung terowong yang gelap. Maka, begitulah juga setiap musibah yang melanda setiap daripada kita semua. Semuanya sudah diaturkan oleh Allah swt. Sudah pasti akan ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Allahu a’lam.

P/S: Hotline Bahagian Keselamatan UPM (Untuk staff, student dan pelawat UPM)

Pusat Kawalan (24 jam) 03-89471999 / 03-89467990

3 comments:

くさなぎはる July 18, 2011 9:34 AM  

Haru teringat dalam sem lepas kat UiTM Melaka ...
Lapto Haru dicuri orang dgn ilmu pukau dari jauh .
Memang menyusahkan tetapi itu semua ketentuan Allah ...
Semua ni hanyalah pinjaman Allah SWT kepada kita ...

littleMuslimah July 20, 2011 9:44 PM  

owh, nasib kita sama. cuma saya tak dipukau..

ya, betul.. semua yg kita aada bukan hak mutlak kita.. semua tu pinjaman drp Allah..

cuma sedikit kesal dgn sikap manusia yg tak takut dgn hukum Allah.. Dah la wat keje tu dlm kawasan masjid.. semua org tgh wat ibadat, dia wat maksiat.. huhu

littleMuslimah July 20, 2011 9:47 PM  

tapi, bila fikir2 balik.. salah sendiri juga sbb tinggalkan laptop dlm kereta..

pengajaran buat diri sndiri dan org lain juga. ambil iktibar dr kejadian ni.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP