Resistance Training vs Solat

>> Monday, August 15, 2011





Bagi sesetengah orang, pada bulan Ramadhan inilah peluang baik untuk menanam azam untuk menurunkan berat badan.

Namun, tidak ramai yang berjaya.

Mengapa?

Satu daripadanya ialah kerana meninggalkan sahur.

Baru-baru ini, sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan, saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Transformasi Ramadhan bersama-sama dengan seorang sahabat baik saya. Alhamdulillah, banyak ilmu baru yang diperoleh daripada seminar tersebut.

Antara yang paling menarik perhatian saya ialah apabila penceramah pertama seminar tersebut, Dr. Mahathir Mohammad (bukan Tun Mahathir) menerangkan mengenai kepentingan sahur yang sangat berkait rapat dengan fisiologi tubuh manusia.

Menurut beliau, jika kita tidak bersahur, badan kita akan memasuki mode kebuluran (starvation mode) kerana tiada bekalan makanan dibekalkan oleh badan. Badan kita kemudiannya akan memberikan reaksi terhadap keadaan tersebut dengan merencatkan penghasilan thyroid hormone (T3 dan T4) yang bertanggungjawab untuk meregulasi metabolisma badan.

Hasilnya, kadar metabolisma badan akan menjadi rendah dan ini menghadkan pembakaran lemak. Jadi, lemak-lemak yang terkumpul dalam badan akan terus kekal berada dalam badan. Dan sebab itulah walaupun 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan, tiada penurunan berat badan berlaku. Malahan, semakin bertambah lagi kerana makan terlalu banyak semasa berbuka!


Itulah satu daripada hikmahnya kenapa kita disunatkan untuk bersahur. Bersahur akan mengelakkan badan kita daripada memasuki starvation mode. Bahkan kita disunnahkan untuk melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

***

Saya tertarik dengan perkataan starvation mode dan perkara-perkara yang berkait dengan fisiologi puasa itu sendiri. Justeru, saya membuat sedikit pembacaan mengenai hal ini.

Alhamdulillah, hasil daripada pembacaan yang tidak seberapa, saya menemui sebuah kajian yang pada pandangan saya agak menarik untuk dikongsikan. Kajian tersebut turut diterbitkan dalam Journal of Obesity, tetapi malangnya saya tidak menjumpai journal tersebut.


Kajian 'Eat Stop Eat'

Brad Pilon, seorang professional dalam bidang nutrisi telah membuat sebuah kajian yang dinamakan sebagai Eat Stop Eat. Kajian tersebut ialah kombinasi antara puasa dan juga latihan senaman. (maaf tak translate ke BM).

In a study just published in the Journal of Obesity, researchers examined the effects of losing 25 pounds on 94 women who either

A) Followed a resistance training workout program

B) Followed an aerobic training program

C) Did not workout at all

These women were asked to follow a diet consisting of 800 Calories until they reduced their BMI down to less than 25 (The average 25 pounds of weight loss). The women continued this diet for as long as 5 months straight (not something I would personally recommend without being medically monitored).

The researchers found that the women who were following the resistance training workout program maintained their Fat Free Mass during the time they were on the diet. This means that even though they lost 25 pounds they were able to preserve their muscle mass. Therefore all 25 pounds that these women lost was fat!

They also found the group of women who were following the resistance training workout program preserved their metabolic rate. In other words they did not see any metabolic “slow down” as a result of losing 25 pounds, or from being on a 800 Calorie per day diet for 5 months!

Interestingly, the researchers found decreases in Fat Free Mass in the women who did not workout AND in the women who performed aerobic training.

More evidence that resistance training while following a weight reducing diet program can preserve lean mass and metabolic rate.

This is yet another example of why the Eat Stop Eat combination of flexible intermittent fasting and resistance training can help you lose fat without losing muscle or lowering your metabolism.

***

Prinsip keseluruhan kajian di atas ialah respondennya perlu berpuasa dan menjalani weight training untuk memastikan berat yang tersingkir kebanyakannya adalah dari lemak.

Namun, mereka tidak perlu menjalani latihan tersebut pada hari mereka berpuasa. Walau bagaimanapun, mereka dibolehkan untuk menjalani latihan, tapi ia bukanlah prasyarat kajian.

Puasa akan mewujudkan keadaan yang optimum untuk proses metabolism berlaku dalam tubuh berlaku dalam tubuh, walaupun jumlah calorie yang diambil adalah lebih rendah daripada keperluan biasa.

Dan pada masa yang sama, resistance training akan memelihara jisim otot dan ini akan memastikan berat badan yang berjaya diturunkan ialah lemak badan.

Dalam kes kajian di atas, tumpuan diberikan kepada berat badan, fat free mass dan juga kadar metabolism. Dan menurut kajian itu juga, ternyata gabungan tersebut adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan 2 kumpulan lagi (Puasa + Aerobik training dan Puasa tanpa sebarang senaman). Gabungan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan lemak badan, bahkan dapat mengekalkan jisim otot.

***

Sedar atau tidak, kajian di atas sebenarnya membuktikan bahawa ibadah yang dilakukan pada bulan Ramadhan itu adalah yang terbaik! Pada bulan ini kita diwajibkan untuk berpuasa. Dan pada bulan inilah ramai orang sangat rajin mendirikan solat. Semua berduyun-duyun ke masjid mahupun surau untuk turut serta melaksanakan Solat Sunat Tarawih.

Saya mengandaikan puasa di sini sebagai puasa juga. Bagaimana cara mereka berpuasa? Itu saya tidak pasti. Apa yang pasti, jumlah kalori yang diambil oleh mereka dikurangkan daripada jumlah yang biasa diambil. Keadaan dan situasi yang lebih kurang sama berlaku pada tubuh kita sewaktu berpuasa.

Manakala, dari sudut fizikal dan mekanikal, saya menemui beberapa titik persamaan antara resistance training dan solat. Ini membuatkan saya amat tertarik dengan kajian ini.



Apa itu resistance training?



Menurut Encik Wikipedia (Copy & paste.. hehe),

Resistance training is a form of strength training in which each effort is performed against a specific opposing force generated by resistance (i.e. resistance to being pushed, squeezed, stretched or bent). Exercises are isotonic if a body part is moving against the force. Exercises are isometric if a body part is holding still against the force. Resistance exercise is used to develop the strength and size of skeletal muscles. Properly performed, resistance training can provide significant functional benefits and improvement in overall health and well-being.

Selain daripada definisi di atas, saya turut merujuk beberapa lagi website yang membincangkan mengenai apa itu resistance training dan apakah jenis aktiviti yang dilakukan.

Secara mudah, apa yang saya faham mengenai resistance training ialah apa-apa pergerakan yang mengenakan daya ataupun tekanan terhadap otot. Terdapat pelbagai jenis resistance training. Contohnya, body weight resistance, dumbbells, resistance bands dan beberapa jenis lagi yang saya kurang arif.

Banyak kajian dalam dan luar negara terutamanya dalam bidang sains sukan menunjukkan resistance training mampu memberikan kesan yang amat baik kepada kesihatan kita.



Solat



Solat adalah ibadah yang difardhukan buat kita, umat Islam. Solat tidak diturunkan oleh Allah buat kita begitu sahaja, melainkan ia diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Apa tujuan ia disyariatkan buat umat Islam?

Apakah bacaan yang patut dibaca?

Apakah rukunnya dan bagaimana cara untuk melaksanakannya?

Dan lain-lain perkara lagi yang melibatkan solat.

Kesemua perkara tersebut adalah termasuk dalam disiplin-disiplin solat yang perlu kita tahu dan laksanakan sewaktu mendirikan solat.

Dan jika kita perhatikan lagi, solat itu mencakupi segenap aspek dalam diri seorang manusia. Bukan sahaja spiritual bahkan mental dan fizikal.

Sebuah kajian mengenai sains di sebalik solat telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM). Kajian yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim itu merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan. Ia melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometric yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot. Justeru, selain dari ibadah, solat juga adalah senaman fizikal sederhana yang melibatkan pergerakan badan.

Menurut Prof. Wan Abu Bakar, salah seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian solat tersebut, ibadat solat melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu. Semasa solat, otot diletakkan pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

Bukan itu sahaja, solat dapat mengurangkan lemak dalam badan kita. Menurut ketua kajian tersebut, Dr. Fatimah berkata, kajian tersebut menunjukkan, selain ibadah, solat lima kali sehari semalam dapat mengurangkan lemak dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

(Untuk bacaan lanjut mengenai kajian ini, boleh rujuk di sini).

Satu lagi kajian yang agak menarik mengenai solat ialah sebuah kajian yang mengkaji kelakuan anatomi dan fisiologi dalam tahiyyat awal. (Untuk bacaan lanjut, sila click di sini).

Perhatikan gambar di bawah.



Hanya dengan duduk dalam postur tahiyyat awal sahaja, sudah mampu untuk memberikan kesan terhadap otot-otot kita. Jika kedudukan postur tubuh yang sempurna semasa tahiyyat awal sudah memberikan banyak kesan positif, inikan pula jika keseluruhan pergerakan dalam solat itu dilakukan secara sempurna.


Resistance Training vs Solat

Cuba bandingkan pergerakan dalam solat dengan pergerakan dalam resistance training.

Sama atau tidak sama?

Mungkin tidak sama aspek sudut tujuan dan pelaksanaan. Akan tetapi terdapat beberapa persamaan prinsip dan teori dari sudut fizikal yang melibatkan penggunaan sistem otot dan rangka.

Sungguhpun terdapat persamaan dari sudut fizikal, ia tidaklah bererti keberkesanan dan kehebatan resistance training itu dapat menandingi solat. Apatah lagi, tidak semua pergerakan dalam resistance training itu mampu memberikan kesan secara keseluruhan pada tubuh.

Ini amat berbeza dengan solat. Solat dengan postur yang sempurna terbukti dapat memberikan kesan yang baik kepada badan secara keseluruhan.

Apa yang ingin saya tonjolkan adalah, apa saja kajian yang melibatkan sunnatullah sudah semestinya akan menepati dan menyokong hukum Allah, kerana sunnatullah juga adalah sebahagian daripadanya. Maka, jawapan kepada hukum tersebut terkandung dalam diri kita selaku hambanya kerana sains itu sendiri adalah satu daripada cabang-cabang ilmu yang berpaksikan sunnatullah.

Jika ia menyimpang dari hukum Allah, maka masalah itu terletak pada kajian tersebut dan bukannya hukum Allah itu.

Oleh itu, sekiranya kajian Eat Stop Eat yang melibatkan kombinasi puasa dan resistance training itu mampu memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan kita, maka, apatah lagi jika kombinasi tersebut melibatkan puasa dan solat. Tambah berkesan lagi dengan amalan solat sunat tarawih secara konsisten selama sebulan.

SubhanAllah! Lihatlah betapa penyayang dan pemurahnya Allah! Allah telah menganugerahkan kita sebuah ‘program’ diet dan training yang sangat hebat pada bulan Ramadhan.

Tambah baik lagi jika kita istiqamah mengamalkan puasa sunat dan qiyamullail pada bulan-bulan lain juga.

Sesetengah orang sanggup untuk membayar dengan kadar yang mahal semata-mata untuk mengupah seorang trainer untuk melatihnya melakukan senaman umpama resistance training. Namun, sedarkah kita yang kita sebenarnya sudah mempraktikkan resistance training ini setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali sehari! Dan kita sebenarnya sudah lama dilatih oleh ‘trainer’ bernama Muhammad bin Abdullah saw yang terhebat secara percuma!

Tak payah bayar cash mahupun ansuran pun! Semuanya free of charge dan ditanggung beres! Alhamdulillah!

Islam itu sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia. Sudah pasti setiap ibadah dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah adalah bertepatan dengan tabiat dan fitrah manusia itu sendiri. Dan bukti-bukti tersebut sudah, sedang dan bakal di bongkar satu demi satu melalui kajian saintifik.

Sungguhpun sains berjaya membuktikan bahawa ibadat yang disyariatkan dalam Islam mampu memberikan kesan yang positif dari sudut kesihatan atau sebagainya, janganlah dijadikan kesan tersebut sebagai tujuan utama kita melakukan ibadat.

Sains dikaji bukanlah untuk diimani.

Tetapi, sains tidak lebih dari sebuah alat untuk menggapai iman.

Apa jua ibadat yang dilaksanakan, niat yang utama mestilah berorientasikan Allah dan perlu berusaha untuk diamalkan secara sempurna, sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw. Dengan itu, barulah kesan yang bakal diperoleh akan dirasai secara holistic.

Jika ibadat cuma dilihat dari sudut fizikal semata, maka tinggallah ibadat itu bermanfaat dari sudut fizikal dan mekanikal sahaja. Tanpa penghayatan spiritual, kemungkinan natijah yang bakal kita peroleh bukanlah holistic tetapi ‘hollow’ stick. Ia seakan-akan serupa, tetapi berlubang dan kosong di tengah.

Bulan Ramadhan adalah satu peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah untuk mendidik nafsu dan untuk mengembalikan diri kita kepada fitrah manusia yang sebenar.

Mari kita sahut peluang ini.

Mari kembali kepada fitrah Allah. Semoga kita semua akan sentiasa mendapat redhaNya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Ar-Rum: 30)

Allahu’alam.


p/s: jika saya ada tersilap mengemukakan fakta atau apa-apa saja kesalahan, mohon diberi teguran dengan segera.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP