Tips dan Work Book: Cabaran 30 hari Ramadhan dengan Al-Quran
>> Tuesday, August 2, 2011
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 2 Ramadhan. Puasa ok? Ibadat-ibadat sunat yang lain macam mana?
Satu perkara yang perlu diperbetulkan di sini ialah, Ramadhan bukanlah bulan untuk berpuasa semata-mata. Ia juga adalah bulan di mana diturunkan al-Quran ke atas Nabi Muhammad saw untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:
"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil)."
Oleh itu, kita semua amatlah digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada bulan ini. Tapi, jangan baca masa bulan puasa je, amalan yang baik perlu diteruskan walaupun Ramadhan sudah meninggalkan kita. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai satu titik tolak untuk kita berubah kepada yang lebih baik.
Agak-agak boleh tak habiskan 1 juzuk sehari? Di sini saya sertakan satu tips mudah bagaimana untuk habiskan 1 juzuk dalam sehari.

Membaca al-Quran memang amalan yang baik. Akan tetapi, adalah lebih baik jika kita turut memahami dan mentadabbur kata-kata Allah itu agar ianya lebih menusuk ke dalam hati kita.
Dalam entri kali ini juga, saya sertakan sebuah e-book sebagai panduan pada bulan Ramadhan "Cabaran 30 Hari Ramadhan dengan Al-Quran" yang disediakan untuk program Transformasi Ramadhan baru-baru ini.
Sila klik pada link ini --> http://transformasiramadan.com/STRWorkbook-final0.9.pdf
Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dan mampu mengubah diri kita semua menjadi seorang hamba Allah dan khalifah yang lebih baik.
~Salam Ramadhan~
(^,~)
**Related post on Art4Islam: Ramadhan Tips #1











0 comments:
Post a Comment